Thursday, June 12, 2014

Jutawan Melayu ARBA

Hari ni keluar di Kosmo tentang pasangan Jutawan Melayu ARBA.

Boleh rujuk Kosmo Online


Tuesday, June 10, 2014

First Log in

10 JUN 2014

Alhamdulillah, hari ni kami telah berjaya log in ke sistem ARBA selepas pendaftaran tempohari. Berikut saya kongsikan snapshot sistem.

Setakat hari ini, Cash Wallet kami masih kosong. Mengikut kata upline kami, bonus pertama kami akan dapat selepas 40 hari dan bonus berikutnya akan diperolehi setiap bulan.

Snapshot kat bawah ni pulak Bonus Statement setakat hari ni. Page ni kami akan ambil snapshot dah kongsikan di sini dari masa ke semasa.


Itu sahaja yg boleh kami kongsikan sehingga hari ini.

Monday, June 9, 2014

Daftar keahlian

2 JUN 2014

Hari ni kami telah berdaftar pelan ARBA secara rasmi dengan jumlah RM3,000.

Dengan pelan ini, kami dijanjikan pulangan tetap RM123 sebulan dan juga pulangan tidak tetap bergantung kepada keuntungan syarikat.

Setakat hari ni, itulah maklumat yang kami tahu.

Selepas mendaftar kami akan diberikan satu agreement dan juga kod untuk akses kepada portal ARBA.

Berkenalan dengan ARBA

24 MEI 2014

Hari ni kami diperkenalkan dengan ARBA oleh Encik Faizal Ahmad.

Hasil perbincangan dengan beliau, kami telah putuskan untuk melabur RM 3,000 sebagai permulaan.

Kami akan pantau pulangan daripada pelaburan ni dan akan kongsikan di blog ini. Setiap hasil samada untung atau rugi akan kami kongsikan secara telus supaya dengan perkongsian ini dapat membantu para pembaca menilai program ARBA ini.

Blog ini ditulis bukan untuk tujuan kempen kepada pembaca supaya menyertai ARBA. Tujuan utama adalah sebagai rekod kami untuk memantau hasil pelaburan kami sendiri. Dan seandainya program ini sangat menguntungkan pada masa hadapan nanti, senang untuk kami berkongsi dengan orang ramai.

Melalui blog ini mereka dapat melihat hasil sejak permulaan kami menyertai ARBA lagi. Sehingga saat kami menulis blog ni hari ini (10 Jun 2014, 10:01 pm) kami tidak tahu bagaimana hasilnya nanti.

Moga bermanfaat. Terima kasih

Azman Bin A Aziz & Nazmi Binti Mohamed Zin